Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, March 27, 2015

Naluri seorang Umi - Part 2

Salam pagi Jumaat,

Alhamdulillah, masih lagi bernafas pada hari yang paling agung ini iaitu penghulu segala hari.
Semakin hari, semakin kuat rasa naluri ini mengatakan adanya rezeki buat kami. Genap seminggu dah kalau kira hari yang sepatutnya. Perubahan pun makin hari, makin nampak oleh si suami. Makanan harus jaga dari sekarang, kerana mungkin usia masih muda. Pelbagai kemungkinan boleh terjadi, oleh itu kami makin berhati-hati.

Keinginan yang terasa di tekak ini, kadang tu tak boleh sangat nak layan. Bukan apa, teringin je tu bukan bermakna nak sangat. Bila suami tanya, " lelaki memang tak boleh rasa ke nak makan itu ini?". Semestinya boleh, tapi bergantung juga pada individu tu.  Bila, nak jadikan cerita, pada 1 malam suami cakap tidak perlu masak, kita makan di luar. Apa yang terjadi, suami makan tak habis dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Dalam perjalanan pulang, suami cakap, nak muntah makanan tu tidak sedap dan rasa pelik. Huh! adakah 1 kebetulan sahaja? Saya sendiri makan rasa sedap dan tidak pelik pun makanan tu. Anggaplah yang suami mungkin penat dan tidak sihat sangat agaknya malam itu. Ianya terlalu awal untuk buat jangkan yang tepat. Apa yang penting, suami saya selalu bau hanyir ikan! hahahaha..

Tq farah kerana mendoakan..hihi



1 comment: