Tuesday, January 26, 2016

Assalamualaikum, Anak Umi

Assalamualaikum anak umi. Saat yang di tunggu hampir tiba. Ya Allah, tuhan je tahu apa perasaan ketika dan saat itu.

6 November 2015
Selepas sarapan pagi, rutin biasa adalah tgok bacaan CTG. Tiba satu masa tu, bacaan jadi pelik, terus kakak misi tu panggil dokter. Maka jom seluk nak tengok bukaan, dan anggaran adalah 2cm selama 14jam selepas air pecah baru 2 cm ye buka tu. Apa lagi, tolak masuk bilik bersalin lah. Dokter induce untuk cepatkan bukaan. Sakit dia, dari takut jadi hilang rasa takut tadi tu sebab fikir sakit yang amat.
Tunggu dan pantau, jantung anak umi makin hilang, dokter sudah tiada pilihan umi perlu di kerat perut untuk selamatkan anak umi.

5.02 petang , suara seorang bayi seyup je, alahai comel dan kecil anak umi ketika itu. Senyap dia, tidur je dia. Maka umi pun beri salam "Assalamualaikum sayang"
Jantung dan nyawa umi + walid
" Muhammad Daniel Aqif bin Mohd Syafiq"




Thursday, January 21, 2016

MASA SUDAH TIBA!

Assalamualaikum,
Maaf ye sebab ada buat sambungan cerita pula. Bukan tak mahu cerita dalam satu entry, tapi karangan nanti jadi beribu patah perkataan pula. Kalau duduk dalam peperiksaan ni, mesti pemeriksa malas nak baca dan die pun ter"skip" point yang penting tu. Jadi, sambungannya pun bermula....

5 Nov 2015
kemana ye roda kereta tu melencong selepas jumpa dokter di PPUM? Jawapan dia, kami pergi isi perut " Ayam Penyet". Yeah, mujur sempat makan, sebab memang dah lama minta. Nasib kami baik sebab masa sampai tu, kami lah orang terakhir yang dapat. Kenyang anak dalam perut sambil guling-guling dia dalam perut masa tu.

Dah selesai makan dan perut pun kenyang je ni. Akal lain datang, ajak en. suami tengok wayang. Masa tu memang nak tengok sangat satu cerita baru tu tapi lupe apa tajuk dia. Suami layankan je, dan kami ke 1 Shamelin, sebab situ orang tak ramai sangat. Tapi malangnya nasib, cerita tu ada malam pukul 10 lah. Kalau esok tu cuti weekend, memang dah beli tiket tu. So, kita batal je niat tadi tu. Lain hari boleh datang tengok. Apa tunggu lagi, jom balik rumah, tapi sebelum tu, tiba-tiba perut mengeras dan rasa sakit. Cakap dengan en.suami sekejap, nak duduk tapi kerusi tak wujud kat situ. Agak dah tenang sikit, kami teruskan perjalanan ke kereta.

Sudah hampir pada klimaks cerita ni. Rasa nak buang air lah, maka en.suami singgah di petrol pam kejap, alang-alang tu dia nak tambah angin tayar sekali.
merasa pelik sorang diri dalam tandas sebab ada tanda coklet  seperti darah. Ish entah lah, belum pasti lagi, jadi kembali ke kereta tak cerita pon kat en.suami.
Dalam perjalanan, tengah fikir siapa nak teman kat hospital nanti, sebab mesti ada orang temankan. Kalau pergi berdua macam mana, sebab mana boleh parking kereta depan pintu masuk tu. Lepas tu, ada gurau manja sikit dan tiba-tiba..."B...ney rasa macam terkencing lah....." hahahaha... Sekali dia meletup macam belon, tak boleh nak tahan. Puas dah kemut-kemut tapi makin banyak keluar. Apa lagi kan, " B, ney rasa air pecah. Ney nak bersalin dah..." lepastu gelak ketawa kejap sebab termasuk laluan motorsikal. Soalan paling win rasa dari en. suami, " nak pergi klinik ke nak pergi hospital ni?" Aduii lah suamiku, meastilah terus ke hospital. Alang-alang dekat dengan rumah mama, singgah kejap culik mama teman kat hospital dan nak mandi sikit salin baju semua.

Masuk kat labour room terus nak tengok bukaan dan CTG. Woish, lama duk dalam tu. Dah tengok semua tapi belum ada bukaan, di hantar duduk wad sebab air dah pecah kan, dalam masa 24jam mesti bersalin, jadi mereka nak pantau. Haish, dah malam lapar lagi, tidur la, sebab nak kumpul tenaga untuk esok lah konon-konon nak kena teran kan. Maka mata pun pejam...zzzz.... Oke, sambung next entry lagi, dah panjang sangat ni.



Thursday, January 14, 2016

ADAKAH SUDAH TIBA MASA?

Assalamualaikum.

Lama rasa tak luah perasaan dalam ruangan ni. Sejak beberapa bulan yang lepas teramat sibuk, yang konon nye nak cover kerja cepat sebelum bersalin, tetapi baby yang x sabar nak keluar. Jadi, ceritanya bermula pada tanggal....

4 Nov 2015
Biasalah minggu pertama setiap awal bulan, sibuk buat report untuk order stock bulanan. Memandangkan esok harinya nak cuti, kena pulun kerja betul-betul. Tiba-tiba petang tu, dalam jam 5 petang, dah rasa sakit sampai ke pinggang. macam orang cakap salah satu tanda hampir nak bersalin, sakit smpai tangkap ke pinggang. Sakit makin kuat masa tengah bawak kereta nak pulang ke rumah. Hati tak tenang, whatsapp suami suruh standby lepastu telefon mama nak kepastian. Mama cakap tu mungkin tanda dia, kalau tak tahan jumpa dokter terus malam tu. Rasa tak sakit sangat, boleh tahan lagi. Sampai rumah je, terus baring dan golek sikit. Hilang dah rasa sakit tadi tu, mungkin stress kerja sebab buat report tu.




5 Nov 2015 
Temujanji bersama dokter di PPUM. Bangun pagi macam biasa dan tak rasa sakit macam semalam tu. Ketika mandi rasa macam satu ketulan lendir jatuh, dah lah diri ni rabun, meraba cari atas lantai tu, haram nampaknya. Teruskan mandi tanpa banyak fikir, tetapi sesudah mandi tu, baru nampak ketulan lendir tadi yang di cari dengan mata rabun tadi tu. Untuk kepastian, panggil seorang saksi iaitu en. suami, dengan yakin die cakap itu bukan darah. Jadi kita buat tak kisah. bersiaplah kami nak pergi PPUM ni. Bila tiba giliran untuk jumpa dokter, soalan pertama dia tanya " sudah berapa minggu?" dengan yakin menjawab " saya sudah 37 minggu 5 hari". Dokter terkejut, sebab lambat jumpa dia. Okeh, jom check perut. Dia tekan atas tekan bawah, lepas tu geleng kepala. Hish risau lak, rupanya dokter cakap, "your baby dah ke bawah sangat. You dah term ni, so anytime you boleh deliver".  Di beri segala nasihat, dan kami pun pulang. Hah part ni best, bukan terus pulang ke rumah tapi tayar kereta melencong arah lain lak. Nak tahu kami ke mana?, sambung next entry.