Thursday, March 19, 2015

Contest: Hijab, Let's wear it right!




Assalamualaikum,
Tajuk entry kali ini adalah daripada tajuk contest yang di buat oleh seorang blogger juga. Memandangkan hari ini belum dapat idea untuk buat entry apa, so kita buat lah tajuk contest ni mengenai Hijab. Saya susah nak join contest, tapi tertarik dengan tajuk ini.

Hijab! ianya bukan sekadar sehelai kain untuk menutup kepala tetapi lebih tepat sekali menutup aurat seorang perempuan. Kalau kita cakap tutup kepala, nanti manusia ni kadang2 jahil sikit. Sebab apa saya cakap jahil, sebabnya nanti manusia tutup je kepala tp pakaian melekat macam cicakman tu. Orang yang lihat pula pasti akan cakap "baik jangan pakai tudung". SubahanAllah, itu dah macam lagi galakkan manusia itu untuk membuka auratnya.

Baiklah, tiba masanya soal diri sendiri. Kenapa saya pilih untuk berhijab?
Terus terang bahawasanya, ia bukan paksaan dari orang tua saya (mama /papa). Mereka tidak pernah sesekali tegur mengenai soal berhijab. Saya mula berhijab ketika usia 16 tahun tapi itu masih on off sampailah saya sambung pelajaran di IPT. Pemakaian yang tidak ikut syarak, tudung yang singkat dan jarang. Ini kerana saya masih jahil berkenaan hukum syarak yang sebenar. Allah sayangkan saya, alhamdulillah saya sambung lagi pelajaran di sebuah IPT. Tempat pengajian di tentukan oleh pihak IPT, dan dengan izin Allah saya di tempatkan ke negeri Kelantan. Saya mula belajar sikit demi sedikit bersama rakan-rakan serumah. Pemakaian hijab mula saya labuhkan menutup dada, memilih untuk memakai pakaian yang longgar dan bersarung kaki. Saya rasa tenang dan selesa berpakaian begini berbanding pakaian dahulu. Di mana, saya telah membuat kaum lelaki membuka mata ketika saya berjalan di hadapn mereka. Kini, saya lebih memilih berhijab dengan sempurna dan terdetik dalam hati untuk berniqab. Biarlah keindahan seorang wanita ini hanya untuk mahramnya.



 Hanya sedikit pesanan ringkas untuk kaum muslimah.
Berpakaian menutup aurat dengan sempurna lebih cantik dan tinggi maruahnya, berbanding berpakaian mengikut nafsu berfesyen.

"Mempamerkan aurat dan keindahan tubuh merupakan bentuk maksiat yang mendatangkan murka Allah dan RasulNya"

*Orang yang solat belum tentu mendapat syurga Allah, inikan pula orang yang tidak menjaga auratnya. Sama-samalah kita menjaga demi ketaatan kepada Allah sebagai hambanya.

InsyaAllah.
 

6 comments:

  1. Assalamualaikum dear. Thanks join my contest. Masha Allah. Terharu sangat. Moga terus istiqamah dalam memakai hijab. Believe me, hijab make me you beautiful sis. May Allah always protect us. In shaa Allah. Btw, saya dah updated senarai peserta. Bolehlah berblogwalking. Do follow our organiser and sponsor okayy dear. Jazakillah kheyr.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum.. Good luck dear! All the best :) Done follow blog sini #49
    ~ Sponsor http://www.nurulhidayahdiary.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Gudluck.. :)

    44 pemenang dicari!!!

    Antara hadiah2 yang bakal dimenangi:
    - Kain Batik Sarawak - 1 pemenang
    - Kain Pelikat - 2 pemenang
    - Minyak Angin Aromaterapi Fresh Care / Safe Care / Javaspa - 1 pemenang
    - Pin Shawl - 2 pemenang
    - Blause - 1 pemenang
    - Skirt Labuh Lcyra - 1 pemenang
    - Cash RM30 - 1 pemenang
    - Cash RM10 - 2 pemenang
    - Topup RM10 - 3 pemenang
    - PVC Keychain - 30 pemenang

    Jemput join segmen bagi yang belum join. "SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei" Tq..



    ReplyDelete