Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 18, 2015

150315|Sambut Menantu

Salam,

Baru kali ini berkesempatan untuk update blog. Almaklum sibuk dengan kenduri rumah suami, tambahan lagi dekat kampung susah nak dapat line telefon. Suasana kenduri di kampung berbeza, walaupun biasa tapi 3 hari 3 malam juga lah kenduri tu.Dari hari pertama sampai kami buat kerja untuk kenduri tak berhenti sampai hari akhir sebelum nak balik KL semula.
Alhamdulillah semua berjalan dengan baik, dan keluarga serta saudara-mara suami pun semua baik dan. tak lupa juga jiran-jiran kampung sana. Mesra dan ringan tulang, pagi-pagi lagi dah sampai rumah nak bantu buat kerja. Dari segi pakaian, kami hanya pakai baju yang ada sahaja kerana tidak mahu membazir. Rasanya cukup kenduri sebelah perempuan kami buat gah. Sebelah suami, solek sendiri, bersiap pun sendiri, tiada ambil gambar bawah pokok belakang lalang semua tu. Hanya guna kamera telefon sudah memadai untuk singkap memori untuk anak-anak nanti nak tengok. InsyaAllah.
Nah belanja 1 je gambar, lipstick pon ilang dah..banyak sangat makan minum.
Cuaca panas, badan melekit, baju tebal.
Ok, nak salin baju dulu, kembali bekerja!

TQ




2 comments: