Friday, March 20, 2015
Suami Dayus!
Assalamualaikum,
Entry kali ini nak cerita sedikit soal suami dayus. Tapi bukan nak cerita soal SUAMI SAYA dayus taw. Sebelum kupas lebih lagi, fahami maksud DAYUS seperti dibawah:
“Apakah dayus itu wahai Rasulullah?” Jawab Nabi: “Iaitu seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, membuka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya).” (Riwayat Al-Tabrani dan Al-Baihaqi).
Apa pendapat kalian dalam soal ini, masih sedarkan kita tetang persoalan ini. Rata-rata kalau cakap soal dayus, mesti nak kaitkan dengan si lelaki angkat tangan kepada kaum perempuan atau membuat sesuatu kekerasan. Yang ini semua orang nampak dengan jelas. Hakikatnya, dayus kat luar sana terlalu ramai sampai nak kira pon dah x cukup jari. Mendidik seorang isteri dan anak perempuan bukan senang, salah didik hilang pahala si lelaki yang dah kumpul banyak tu.
Nabi kita sendiri dah kata, lelaki yang membiarkan *zina, buka aurat, gaul bebas oleh isteri dan keluarga adalah lelaki dayus. Rata-rata, sang suami belum sempat malam pertama dah jadi dayus sejurus sah oleh tok kadi. Sebab apa ye? Yelah, tengoklah pakaian isteri dia. Kesian sangat, sudah lah tidak bertudung malah ketat sangat. Lantas, mata-mata lelaki lain pun turut pandang dan puji kencantikan anugerah Allah tu. Terus dapat berapa kilo dosa pun tak tahu. Bila majlis kenduri (sanding) pula lagi ramai orang tengok, bertambah lagi lah dia nak tanggung. Kaum hawa ni, kalau tidak sayang pasangan tu sayanglah pada ayah awak tu. Jangan lah nanti cakap, " belum kahwin lagi, nanti lepas kahwin baru pakai tudung". Ish tak kesian ke pada ayah/papa/dady/abah/baba/dll, berat tau nak tanggung tu nanti.
Cantik kat dunia ni tak boleh bawa ke akhirat nanti taw. Sama-sama kita jaga batas sebagai kaum hawa ini. * Peringatan untuk diri sendiri juga*
P/s : Kepada bakal suami, sila ambil berat soal aurat bakal isteri anda. Jangan Jadi Lelaki Dayus!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment