Saturday, May 14, 2011

Manusia memang tak boleh terima pendapat..

Salam buat si pembaca,

   Cik Erin nak serita sedikit lah pasal manusia nie...bukan nak cakap apa, adalah sekumpulan manusia ni yang tak boleh nak terima pendapat munusia lain. Kita kalu nak maju kena lah amek pendapat dan teguran orang itu dengan fikiran yang terbuka dan positif...
   Jangan lah sebab kita dok puji melambung sesorang yang kita suka or minat sampai da tak boleh nak terima pendapat orang...tapi mungkin golongan manusia dari ******(rahsia la ye) memang jenis tak boleh terima teguran kot. Bialah, bukan mereka ni boleh dapat apa pun kan, so berfikirlah dengan matang wahai manusia yang tak boleh terima teguran ye..
-THE END-

Wednesday, May 11, 2011

Kek sudah di kapak..

Salam buat si pembaca!.
 
Semalam Cik Erin ada buat "Kek Cokelat"...Tengah panas so tak boleh la nak terus potong kan? Kita bialah lu dia sejuk and plannya nak makan esok iaitu arini lah, akan tetapi kek Cik Erin tu dah kena kapak dengan abang and adik Cik Erin lah pula. Haish sabar je lah nasib baik korang ni darah daging Cik Erin. Lain kali biar lah Cik Erin rasmi lu kek tu ye adik and abang tersayang..

gigih taw saya gaul sehingga sebati..guna tangan ni bukan mesin


kek yang dah kena kapak..tinggal sebelah je..

                                                                        -THE END-

Tuesday, May 10, 2011

Apa Yang Cik Erin Buat?

Salam buat si pembaca!

Rasa macam nak taip je, rindu pun ada tapi pada siapa? Abaikan saja lah ye.. Kita beri keutamaan lebih kepada tajuk entry Cik Erin ye..
Cik Erin dapat cuti sebulan dan hanya duduk di rumah, tapi bukan goyang kaki taw Cik Erin buat kerja lah, antaranya :
  1. Tambah ilmu memasak dengan mama tercinta
  2. Memahirkan lagi dalam hasil jahitan pakaian
  3. Berlajar membuat seni kraf tangan
  4. Berlajar membuat kek..
    Sangat seronok menimba ilmu di rumah...Cik Erin sangat happy di abad ini.

-THE END-

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Mama!

Salam buat si Pembaca!

Entri kali ini adalah :Hari mama saya lah...
rancangan hari ni adalah nak masak untuk mama..mama jangan buat kerja sebab anak mama akan ganti mama..
saya bangun pagi terus masak untuk makan tengah hari,
menu istimewa adalah : Ikan Senangin masak Zamrud..

BAHAN-BAHAN
Bahan kisar:
-Cili merah (5 biji)
- Cili padi ( ikut kehendak kepedasan anda)
- Halia (agak-agak kan jela ye, lebih kurang ibu jari ke..hehehe)
- Bawang merah (2 biji)
- Bawang putih  (4-5 ulas)
 *dikisar bersama semua sekali ye..

- Kayu manis (1 batang)
- Bunga lawang (1 kelopak tu ye..)
- Asam jawa
- Belacan (kalau ada la..kalau takda tidak mengapa ye)
- Ketumbar...(serbuk ye bukan daun)
- Garam
- Ikan senangin/ siakap

CARA MASAK
 * Ikan di goreng dahulu.
 * Cara masak kuah :
  1. Panaskan minyak dan tumis kayu manis serta bunga lawang
  2. setelah naik bau, masukkan bahan yang di kisar tadi.
  3. masuk belacan sedikit
  4. masukkan serbuk ketumbar (1 sudu sup tu dan mumbung ye..)
  5. garam secukup rasa
  6. setelah garing, masukkan air asam jawa 2 magkuk
  7. sehinggalah kuah menjadi likat, maka selesailah masakan
  8. tuang kuah ke atas ikan yang di goreng tadi


saya guna saiz mangkuk ni..

gaulkan ye sehingga kuah jadi likat

tada....siap dihidang...

p/s : resepi turun temurun ye...sekadar ingin berkongsi saje
selamat mencuba..


-THE END-


Saturday, May 7, 2011

Akikah..

Assalamualaikum Warahmatullah. Menurut mazhab Shafie, amalan akikah adalah sunnat muakkad. Ia meliputi semua bayi samada dilahirkan secara nikah yang sempurna (perkahwinan) ataupun persetubuhan haram (lahir anak luar nikah). Oleh itu, bukanlah menjadi suatu kesalahan ataupun dilarang jika saudara hendak melakukan akikah untuk anak tersebut. Bahkan amalan akikah tersebut merupakan salah satu sedekah daripada saudara. Lakukan seperti biasa sahaja seperti anak-anak yang lain. Anak tersebut tidak berdosa. Wallahualam.(sumber:komuniti.iluvislam.com)

Alhamdulillah, selamat dan sempurna majlis akikah yang saya hadiri tadi...
jika tidak silap, bayi itu baru berusia 4 bulan..
kedua orang tuanya cukup cantik dan kacak bergaya...
akhirnya menurunlah kepada bayi itu,
sungguh comel dipandang...
buaian bayi di hias dengan bunga serta fabrik berwarna putih
suci sungguh warna putih..sama suci dengan si bayi..

gambaar hiasan, 

gambar hiasan

(sumber: google image)

-THE END-

Monday, May 2, 2011

Sahabat yang Baik

Salam ku hulurkan buat kalian..

Adakah kalian semua memahami maksud Sahabat?
Bagaimana kita boleh jadi Sahabat yang baik?...
hurmmm...tidak lah cik Erin ni pandai sanggat tapi berdasarkan pembacaan dari sumber-sumber InsyaAllah boleh di terima pakai, cik Erin ada tips nya..

1) Menjaga aibnya :-
    * cuba kita letak pada diri pada sahabat kita tu...apa perasaan kita kalau aib kita di sebarkan. Malukan? tapi    malu tu pada orang yang kita tak kenal atau mungkin sesorang yang memang tak patut tahu. Geram pun ada juga kan? pada sahabat kita yang jadi tukang sebar tu lah...kalau boleh, nak picit-picit je dia tu.

2) Penyimpan :-
      * kita kena simpan harta dia. opss! bukan harta pusaka dia tapi harta yang dia amanahkan pada kita iaitu rahsia dia, mungkin barang yang paling dia sayang. kita perlu simpan dan jaga dengan rapi.

3) Mengutamakan :-
     * utamakan Sahabat kita dari diri kita. sayangi dia macam kita sayang kelaurga kita. Perasaan dia pun keutamaan dalam berSahabat, kunci untuk kekal bersahabat adalah sabar dan menjaga perasaannya.

4) Sebagai telinga :-
     * boleh pinjamkan telinga awak kejap tak? fahamkan maksud "pinjamkan telinga"...sahabat anda nak kongsi cerita suka dan duka dia lah..bila dia sedang bercerita, jangan pula mata tu pandang tempat lain..walaupun bosan cerita tu atau tak berminat, beri tumpuan dengan mata hanya kearah dia pun dah memadai.

5) Pemaaf :-
     * mestilah ada sifat saling maafdi antara kita, tak kira siapa pun kita, pangkat kita atau status kita sekalipun, hendaklah kita bersedia untuk minta maaf dan memaafi walaupun kesilapan kecil yang tak pasti punca dan salah dari pihak mana. Kurang-kurangkan lah ego anda..

 p/s : 5 tips yang ringkas dan mudah untuk kekalkan persahabatan kalian semua...semoga kalian semua temui kemanisan dalam beresahabat..Amin..

Sunday, May 1, 2011

Sekian lama tidak bersua

Lokasi : rumah saya, shah alam

indah sungguh bila dapat duduk rumah..
tengok tv sepuas hati..
makan pun sepuas hati..
paling best ialah..
tak perlu lagi belek buku..
penat dah otak...tapi debaran tunggu result yang jg penat otak...

entri kali nie sekadar pembuka cuti sem..

balik ke shah alam dengan luangkan masa bersama mama n adik tersayang
 Lokasi kami: The Chicken Rice Shop, Giant shah alam

buku menu...

mama n adik tersayang...
wajah gumbira kerna ku berbelanja buat mereka..

ni ayam mama yang tak sentuh pun..
so bungkus lah bawak balik..


seronok lah kan akak balik trus belanja makan..

-THE END-