Wednesday, March 25, 2015

Naluri Seorang Umi - Part 1

Assalamualaikum,

Lumrah rasanya bila pasangan berkahwin menantikan kelahiran penyambung keturunan mereka. Ya, kini kami alami perasaan itu. Terasa sungguh comel bila tengok pakaian bayi tapi kalau nak beli pun, perlu simpan barapa lama. Berusahalah sungguh-sungguh kata orang, jangan putus asa. InsyaAllah rezeki Allah memang nak bagi.

Masuk bulan ke-5 perkahwinan, hati ini dapat rasa macam rezeki tu dah sampai. Tergerak hati nak tanya pada Dr. Google dan kawan yang berpengalaman. Belajar kenal keadaan diri sendiri, sambil-sambil tanya pada suami perubahan diri sendiri. Maklum lah, kalau nak di tilik diri sendiri depan cermin macam susah nak perasan.

Kini masih lagi sabar, takut kecawa entah ke berapa kali. Biar masa dan hari berlalu, bila tiba masa nanti InsyaAllah jawapan setiap persoalan pasti terjawab. Kini kami lebih berhati-hati untuk tempuh hari yang mendatang.


* DOA UNTUK KAMI*



1 comment: