Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 24, 2015

Hey DIY lah!

Salam semua,

Entry kali ini adalah DIY perkahwinan saya.

Ini purdah / niqab, untuk majlis akad nikah saya. Hanya tambah sedikit hiasan manik supaya nampak tidak kosong dan naik sikit seri tu.

Ini kasut untuk majlis akad nikah juga. Asal adalah kosong dan di tambah sikit bunga serta manik yang sama pada purdah.
Just make it simple and sweet.

Ini hiasan dulang hantaran, Bahan adalah dari kertas dan dibuat bunga serta tapak ala-ala rumput tu.
Dulang hantaran sponsor dari 1 of my best frend jugak lah.

 Ini bunga tangan dari kertas juga, sama macam hiasan tok hantaran tadi.

Ini cek untuk hantaran+mas kahwin. Buat cek tendang je, tidak perlu ke bank untuk buat cek sekeping tu.


Ini kad jemputan majlis kahwin sebelah perempuan.


Ini untuk pihak lelaki. Majlis belum langsung lagi sebab tu tarikh 15 Mac 2015.

Semua di atas adalah hasil tangan sendiri. Untuk design kad jemputan serta cek tu, saya guna photoshop sahaja. Cuba search dengan mr.google untuk dapatkan idea. Design sendiri, print sendiri, potong sendiri itu dah pun menjimatkan kos anda. Tp ni kalau yang nak jimat dan tak nak grand. Bukan apa, kad ni lepas bagi orang mesti dalam tong sampah juga. Oleh itu, bersederhana lebih baik dari membazir. Untuk buat pelan lokasi tu, saya guna photoshop juga. Tapi kalau nak yang senang, boleh guna " microsoft visio".

-THE END-

Tq sekali lagi farah farmiza.





No comments:

Post a Comment