Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, February 27, 2015

DIY Rumah Debab

Salam,

Entry kali ini kita ubah cerita kepada kisah si DEBAB! Siapakah Debab?
Ini lah Debab!. Ye memamg dia tak gemuk, sebab itu kita bagi nama debab. Itu memang anak patung dia. Tak boleh amik, nanti die mengamuk satu rumah jatuhkan pasu bunga. Nampak macam ada ank kecil dah di rumah tu.

Tadaa...rumah debab dah siap! Terus masuk tido, masa tengah buat pun dia tunggu je. Memang tak sabar dia ni nak dapat rumah baru yang lebih privacy.

Selamat Malam Debab!





Wednesday, February 25, 2015

Selamat Tahun Baru Cina!

Salam semua,

Rasa macam belum terlambat untuk ucap Happy Chinese New Year kepada semua warga cina.

Agak-agak apa plan you all cuti 4 hari yang lepas. Mesti ada yang amik cuti awal atau extend cuti tu, sebab nak ber"holiday". Apa-apa pun kita bincang dengan suami nak pegi KUANTAN!!. Yes, tempat di mana kami pertama kali berjumpa. Impian termakbul, sampai dengan selamat kami di kuantan. Nanti next entry kita share ye Farah Farmiza!

THE END



Tuesday, February 24, 2015

Hey DIY lah!

Salam semua,

Entry kali ini adalah DIY perkahwinan saya.

Ini purdah / niqab, untuk majlis akad nikah saya. Hanya tambah sedikit hiasan manik supaya nampak tidak kosong dan naik sikit seri tu.

Ini kasut untuk majlis akad nikah juga. Asal adalah kosong dan di tambah sikit bunga serta manik yang sama pada purdah.
Just make it simple and sweet.

Ini hiasan dulang hantaran, Bahan adalah dari kertas dan dibuat bunga serta tapak ala-ala rumput tu.
Dulang hantaran sponsor dari 1 of my best frend jugak lah.

 Ini bunga tangan dari kertas juga, sama macam hiasan tok hantaran tadi.

Ini cek untuk hantaran+mas kahwin. Buat cek tendang je, tidak perlu ke bank untuk buat cek sekeping tu.


Ini kad jemputan majlis kahwin sebelah perempuan.


Ini untuk pihak lelaki. Majlis belum langsung lagi sebab tu tarikh 15 Mac 2015.

Semua di atas adalah hasil tangan sendiri. Untuk design kad jemputan serta cek tu, saya guna photoshop sahaja. Cuba search dengan mr.google untuk dapatkan idea. Design sendiri, print sendiri, potong sendiri itu dah pun menjimatkan kos anda. Tp ni kalau yang nak jimat dan tak nak grand. Bukan apa, kad ni lepas bagi orang mesti dalam tong sampah juga. Oleh itu, bersederhana lebih baik dari membazir. Untuk buat pelan lokasi tu, saya guna photoshop juga. Tapi kalau nak yang senang, boleh guna " microsoft visio".

-THE END-

Tq sekali lagi farah farmiza.





Monday, February 23, 2015

OutDoor!


Salam,

Next, kite selami gambar-gambar pendekar ni buat aksi romantik.


Ouh my pendekar, senyum nampak cik abang. Jom buat gaya-gaya comel ala-ala zaman kesultanan melayu pahang.









Oke dah cukup, nak lebih jemput ke rumah sambil minum kopi boleh layan 1 album gambar kawen kite.

Tq Farah Farmiza sudi membaca.







Tuesday, February 17, 2015

Ops! Resepsi Lah

Salam semua,

Update lagi! Semalam nikah dah, so hari ini kite tatap sikit lah majlis resepsi.

Ouh Stress, lambat sudah pengantin nak pkai tudung kejap ada jugak yang curi snap 1 gambar ni.

Chak! ada 2 mempelai lah kat atas tu. Ada yang ingat kawan lah, salah majlis lah..hey kawan kamu datang majlis yang betul..itu abang saya. Sila lah jamu makan yang ada *yang pasti pengantin tak tahu ada kambing golek! Untung lah tetamu yang hadir.

 Haa..nampak ke tidak lauk pengantin tu? Ayam golek ada lah, itu pun pengantin nak makan x sempat. Sebabnya tetamu datang taknak bagi peluang kami jamah 1 sudu dulu. Ni belum jadi retis lagi. hahaha

Yes, kek time!. Ini kek sangat sedap tak tipu punya, sekali lagi kami tak sempat nak makan. Hurmmm
Credit : Cik Nur Amalina, sponsor kek kita!

Masa mencipta kenangan bersama kawan pula. Ini senior dan group assingment diploma. 
Haa kawan agak rapat lah jugak masa dgree, time study and group. Gosip also! hehehe..
Owh my nenek yang tengah tu. Terima Kasih sebab dah jaga kami sebaik-baiknya. Kami cucu yang kahwin dulu dalam keluarga ini, saudara sebelah papa ni.

Oke, ini keluarga sebelah suami. Alhamdulillah makin besar keluarga saya.

Pengantin nak lari kejap, nak jadi model ala-ala zaman Hang Tuah kejap. Hasil model tu, kite tengok next post oke.

Tata!
 
 








Monday, February 16, 2015

Pernikahan

Salam 1 Malaysia,

Yes, hari ini macam tak berapa nak sibuk. Boleh lah nak up sikit cerita 4 bulan lepas.

Hai Cik Farah Farmiza! gambo awak ada ni, thanks sebab jadi driver I and banyak sangat membantu. Masa ni debar sangat dan rasa macam macam nak lari..hahahaha. Cerita pasal outfit lak, from head to toe I DIY sendiri termasuk lah bunga tangan tu. Credit to Cik Farah sebelah tu sebab idea awak.

Chak! tambah sorang lagi my BFF..susah senang tak pernah tinggalkan saya seorang diri. Bertuah dapat kawan macam korang.

Yes, ini imam saya yang sah sekarang. Nampak tak muke stress tu, ini lah punca kalo tok kadi tazkirah selama sejam. Lengguh lahai kaki saya tok kadi oii..

Alhamdulillah, selamat juga dengan sekali lafaz. Syukur sangat, terbina 1 masjid sudah. Amin..amin..


Sarung cincin kejap, ish geletar tangan sejuk-sejuk je ni. Assalamualaikum Imamku

(Mama jagan lah nanges) Ish, belagak tak nanges konon. Kalu dah anak mak, cubit peha kiri peha, kanan pon terasa lah Cik Erin oii. Abes cair make up tu, belagak sangat tak nak bawa tisu. hahaha.

 Ouh Mak mentua, alhamdulillah. Berpelukan mereka dan terukir 1 senyuman. Syukur alhamdulillah.

Ouh ni keluarga kecil saya, tapi tak cukup seorang (my abang, sebab dia pun pengantin juga, so kene bersiap lah juga) To my lovely adik, jaga diri dan mama juga papa, Jangan noty2 ok adik!

OK Done!

Next post please!