Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, August 7, 2014

Si Darah Manis

Alhamdulillah, jodoh kami mmg x kemana. 5 tahun juga Mr. B perlu sabar menunggu untuk memiliki Ms. E ni. So, sekarang ni kami merancang yang sebenarnya adalah hendak nikah tahun hadapan akan tetapi memikirkan 1 penjimatan yang akan berlaku sekiranya kami langsungkan majlis sekali dengan abg Ms. E ni dan d sokong oleh ramai pihak. Akhirnya, pihak keluarga bersetuju dan kami hanya ada masa 3 bulan!!! everything not ready yet.

Fasa 1: Menrancang budget
Tugas Ms. E lah buat anggaran/ budget perbelanjaan sebab kita nak membeli kne ada budget pastu kena lah record. So membeli tu kalau boleh dapat harga kurang dari budget kite ada saving kan. Sekarang barang hantaran termasuk cincin sudah cukup juast nak gubah je.

Fasa 2: Persiapan Nikah
Owh sangat memeningkan kami, sebab masa sangat singkat segala borang perlu di lengkapkan dan hantar selewatnya 2 bulan sebelum akad nikah di jalankan. So, kami hanya ada 1 bulan je nak siapkan semua. Bertambah rumit sebab Mr. B adalah seorang ATM so prosedure dia lagi rumit dari oarang awam dan Ms. E perlukan surat kebenaran nikah dari Mr. B untuk Ms. E mendapatkan surat kebenaran nikah(perempuan). Nasib kami dah hadir kursus pra perkahwinan lama dahulu sebelum kami berkenalan 5 tahun lepas.

Fasa 3: Wedding Planner
Owh ini saya ada rakan yang boleh membantu so tak rsau sangat. Segalanya serahkan kepada beliau tetapi pakaian untuk nikah kami, nak beli yang dah siap je dan simple but nice. So, sesiapa yang tahu ada link jual online cantik-cantik tu minta share lah ye.

Berdebar rasanya, haa...dah tak ada idea, sikit-sikit je lah share. Nanti kita update lagi persiapan DIY pula.




1 comment:

  1. Goodluck beb! aku tak sabar menanti akhirnya cinta korang bersatupadu! alhamdulillah

    ReplyDelete