Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 20, 2014

Cekik "DARAH"



Salam Rabu,

Entry hari ni masih lagi mengenai persiapan kami ke Bahtera Mahligai. Semalam Mr. B bagi tahu yang dia memerlukan 4 keping gambar ukuran passport untuk melengkapkan borang bagi mendapat kelulusan berkahwin oleh pihak atasan (ATM) dia. So, minggu lepas Ms. E hanya bagi gmbar 3 keping je. Ni lah cerita nak bermula, Ms. E decide nak datang jumpa Mr. B tu hari ini tapi bila fikir balik, lambat bagi lambat lak dia nak proses nanti maka lambat jugaklah Ms. E nak pegi daftar JAIS ni. Dengan itu, Ms. E pegi lah jumpa buah hati tu semalam nak snap gambar memandangkan Si Dia pun belum amik gambr jugak jadi kami amik je skali. Mr. B perlu pakai songkok sekiranya dia tak nak pkai baju uniform. Rumitnya jadi pegawai pertahanan negara ni, nak kahwin pon payah.

Ish bila nak masuk cerita ni, mukadimah panjang sangat. So, kami ke Taman Tenaga, Cheras, KL sebab dekat dari base Mr. B tu. Cari punya cari, jumpa 1 kedai kodak yang kecil molek nampak macam zaman perang Jepun dalamnya. Owner pun dah tua, kira boleh panggil Ahkong. Kami snap comel-comel sebab nak buat kad kahwin nanti kan, tambah bedak sikit dan gincu merah, hehehehe Mr. B tak pakai lah bedak dan gincu haa. Siap je print, potong-potong sikit, Mr. B pun tanya berapa. Lalu apek jawab : RM 36.
Harga tak termasuk CD ye puan-puan dan tuan-tuan. Itu harga untuk 2 orang punya, seorang 6 keping. So, RM 18/6pcs. Mahal bak hang!!! First and last kami datang kedai tu. Kut ye pun jagan lah melampau sangat, harga barang naik takkan harga cuci gambar pun nak cekik kaw kaw. Kalau kedai kat depan rumah Ms. E tu, selalu pergi snap and cuci 8 keping termasuk CD baru RM12. Perbezaan yang sangat ketara kut, so kami nak photostat pon tak jadi kat kedai tu. Mana lah tahu dia cas 20sen ke sekeping.

P/s: Moral of the story, jangan masuk kedai yang macam perang jepun and macam tak ada pengunjung. Mesti dia akan cekik darah anda.

No comments:

Post a Comment