Tuesday, May 19, 2015
Ummi To Be!
Salam 1 Sya'ban,
Alhamdulillah, baby Umi dah 13 minggu. Sekarang dah masuk fasa yang ke-2, fasa kuat makan!
Mual nak muntah ada sikit, tapi beransur hilang. So, boleh nak berjalan jauh sikit. Kalau tidak, hujung minggu aktiviti mesti duduk rumah tidur je. Masak kemas rumah mesti walid yang buat, sebab baby ajak umi tidur. Kesian walid kena buat semua kerja, kadang letih tertido kat ruang tamu. Besar jugak pengorbanan walid jaga Umi saat awal hamil baby Umi ni. Yelah, dengan bekejar ke hospital lagi pagi2 buta tu. Letih walid kejar sana sini demi nak pastikan baby dan Umi sihat.
Umi syukur sebab dapat walid yang penyabar dan sangat tabah layan kerenah Umi. Haaa, sekarang Umi dah rasa nak makan macam-macam, walid dah pening tengok Umi makan. Umi ngidam cempedak lah baby, walid tak jumpa lagi. sebab walid cakap sekarang belum musim. Oleh itu, kene tunggu musim dah tiba lah ye baby. Nanti umi bagi baby rasa sekali, uuummmm sedap bile terbayang cempedak tu. Hati tak sabar nak tunggu baby tendang perut umi, Mummy farah cakap, kejap je lagi baby umi tendang. Mummy farah pun nak jumpa baby jugak, cepat besar ye baby. Umi dan walid sentiasa doa yang baby Umi membesar dengan sihat dan sempurna dalam perut Umi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HAI BABY! mummy farahhhh here! jangan nak mengada sgt duduk dalam perut umi tu.... waiting for your my dear baby. cepat besar. cepat keluar dgn sihat okay.muahh
ReplyDelete