Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, June 19, 2015

Salam 2 Ramadhan


Salam Jumaat kepada yang membaca.


Dalam sedar atau tidak, ramadhan kembali lagi dan syukur alhamdulillah ramadhan tahun ini di sambut dengan penuh teruja. Atas sebab beberapa perkara yang membuatkan hati ini gembira dan syahdu sambut ramadhan tahun ini.

Pertama sekali, ramadhan pertama di sambut bersama orang baru dalam hidup iaitu En. Suami. Dulu masa bujang lagi, bangun pagi nak sahur semua mama dah siap hidang atas meja. Tapi sekarang, tanggungjawab isteri bagun awal untuk siapkan makanan bersahur. Syukur sekali lagi Allah jodohkan saya dengan seorang suami yang tidak cerewet soal makanan. So, tidak ada rasa susah untuk masak apa jenis makanan dan yang penting bukan IKAN. Suami kita tak makan ikan pula hihihih.

Untuk sebab yang kedua pula, mestilah teruja sangat sebab dapat rasa macam mana berpuasa bersama baby dalam perut yang sedang membesar dengan cepat ni. Alhamdulillah, Allah memberi sedikit kekuatan dan kesihatan untuk berpuasa bersama seorang insan yang bakal lahir ini. Ya, tidak semua orang dapat rasa macam mana kita rasa, semua itu bahagian masing-masing. Pengalaman yang terindah buat diri sendiri tahun ini.

Seterusnya, masuk bulan ramadhan je, maka usia pernikahan saya bersama suami hampir 1 tahun. Syukur sekali lagi, usia yang masih muda ni akan jumpa bermacam jenis ujian dan dugaan. Berharap dapat harungi dengan penuh tabah dan tenang.


Yang terakhir, saya sedang menantikan kedatangan ahli baru keluarga saya. Dia adalah anak buah saya, bakal menjadi seorang pemimpin pada keluarga satu hari nanti. Kakak ipar masih menunggu hari untuk bersalin, dokter cakap bila-bila masa baby akan keluar. Sebab dah duduk dekak pintu keluar. mesti baby tu tak sabar nak dengar mercun. Apa pun, harap semua selamat dan sihat je. Amin

So, saya nak ucaplah sedikit, selamat menempuh peperangan nafsu dan ujian sepanjang sebulan di ramadhan ni. Jangan suka-suka ponteng, malu kat baby kita nanti.


1 comment: