Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 2, 2011

Sahabat yang Baik

Salam ku hulurkan buat kalian..

Adakah kalian semua memahami maksud Sahabat?
Bagaimana kita boleh jadi Sahabat yang baik?...
hurmmm...tidak lah cik Erin ni pandai sanggat tapi berdasarkan pembacaan dari sumber-sumber InsyaAllah boleh di terima pakai, cik Erin ada tips nya..

1) Menjaga aibnya :-
    * cuba kita letak pada diri pada sahabat kita tu...apa perasaan kita kalau aib kita di sebarkan. Malukan? tapi    malu tu pada orang yang kita tak kenal atau mungkin sesorang yang memang tak patut tahu. Geram pun ada juga kan? pada sahabat kita yang jadi tukang sebar tu lah...kalau boleh, nak picit-picit je dia tu.

2) Penyimpan :-
      * kita kena simpan harta dia. opss! bukan harta pusaka dia tapi harta yang dia amanahkan pada kita iaitu rahsia dia, mungkin barang yang paling dia sayang. kita perlu simpan dan jaga dengan rapi.

3) Mengutamakan :-
     * utamakan Sahabat kita dari diri kita. sayangi dia macam kita sayang kelaurga kita. Perasaan dia pun keutamaan dalam berSahabat, kunci untuk kekal bersahabat adalah sabar dan menjaga perasaannya.

4) Sebagai telinga :-
     * boleh pinjamkan telinga awak kejap tak? fahamkan maksud "pinjamkan telinga"...sahabat anda nak kongsi cerita suka dan duka dia lah..bila dia sedang bercerita, jangan pula mata tu pandang tempat lain..walaupun bosan cerita tu atau tak berminat, beri tumpuan dengan mata hanya kearah dia pun dah memadai.

5) Pemaaf :-
     * mestilah ada sifat saling maafdi antara kita, tak kira siapa pun kita, pangkat kita atau status kita sekalipun, hendaklah kita bersedia untuk minta maaf dan memaafi walaupun kesilapan kecil yang tak pasti punca dan salah dari pihak mana. Kurang-kurangkan lah ego anda..

 p/s : 5 tips yang ringkas dan mudah untuk kekalkan persahabatan kalian semua...semoga kalian semua temui kemanisan dalam beresahabat..Amin..

No comments:

Post a Comment