Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 21, 2016

MASA SUDAH TIBA!

Assalamualaikum,
Maaf ye sebab ada buat sambungan cerita pula. Bukan tak mahu cerita dalam satu entry, tapi karangan nanti jadi beribu patah perkataan pula. Kalau duduk dalam peperiksaan ni, mesti pemeriksa malas nak baca dan die pun ter"skip" point yang penting tu. Jadi, sambungannya pun bermula....

5 Nov 2015
kemana ye roda kereta tu melencong selepas jumpa dokter di PPUM? Jawapan dia, kami pergi isi perut " Ayam Penyet". Yeah, mujur sempat makan, sebab memang dah lama minta. Nasib kami baik sebab masa sampai tu, kami lah orang terakhir yang dapat. Kenyang anak dalam perut sambil guling-guling dia dalam perut masa tu.

Dah selesai makan dan perut pun kenyang je ni. Akal lain datang, ajak en. suami tengok wayang. Masa tu memang nak tengok sangat satu cerita baru tu tapi lupe apa tajuk dia. Suami layankan je, dan kami ke 1 Shamelin, sebab situ orang tak ramai sangat. Tapi malangnya nasib, cerita tu ada malam pukul 10 lah. Kalau esok tu cuti weekend, memang dah beli tiket tu. So, kita batal je niat tadi tu. Lain hari boleh datang tengok. Apa tunggu lagi, jom balik rumah, tapi sebelum tu, tiba-tiba perut mengeras dan rasa sakit. Cakap dengan en.suami sekejap, nak duduk tapi kerusi tak wujud kat situ. Agak dah tenang sikit, kami teruskan perjalanan ke kereta.

Sudah hampir pada klimaks cerita ni. Rasa nak buang air lah, maka en.suami singgah di petrol pam kejap, alang-alang tu dia nak tambah angin tayar sekali.
merasa pelik sorang diri dalam tandas sebab ada tanda coklet  seperti darah. Ish entah lah, belum pasti lagi, jadi kembali ke kereta tak cerita pon kat en.suami.
Dalam perjalanan, tengah fikir siapa nak teman kat hospital nanti, sebab mesti ada orang temankan. Kalau pergi berdua macam mana, sebab mana boleh parking kereta depan pintu masuk tu. Lepas tu, ada gurau manja sikit dan tiba-tiba..."B...ney rasa macam terkencing lah....." hahahaha... Sekali dia meletup macam belon, tak boleh nak tahan. Puas dah kemut-kemut tapi makin banyak keluar. Apa lagi kan, " B, ney rasa air pecah. Ney nak bersalin dah..." lepastu gelak ketawa kejap sebab termasuk laluan motorsikal. Soalan paling win rasa dari en. suami, " nak pergi klinik ke nak pergi hospital ni?" Aduii lah suamiku, meastilah terus ke hospital. Alang-alang dekat dengan rumah mama, singgah kejap culik mama teman kat hospital dan nak mandi sikit salin baju semua.

Masuk kat labour room terus nak tengok bukaan dan CTG. Woish, lama duk dalam tu. Dah tengok semua tapi belum ada bukaan, di hantar duduk wad sebab air dah pecah kan, dalam masa 24jam mesti bersalin, jadi mereka nak pantau. Haish, dah malam lapar lagi, tidur la, sebab nak kumpul tenaga untuk esok lah konon-konon nak kena teran kan. Maka mata pun pejam...zzzz.... Oke, sambung next entry lagi, dah panjang sangat ni.



No comments:

Post a Comment