Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 14, 2016

ADAKAH SUDAH TIBA MASA?

Assalamualaikum.

Lama rasa tak luah perasaan dalam ruangan ni. Sejak beberapa bulan yang lepas teramat sibuk, yang konon nye nak cover kerja cepat sebelum bersalin, tetapi baby yang x sabar nak keluar. Jadi, ceritanya bermula pada tanggal....

4 Nov 2015
Biasalah minggu pertama setiap awal bulan, sibuk buat report untuk order stock bulanan. Memandangkan esok harinya nak cuti, kena pulun kerja betul-betul. Tiba-tiba petang tu, dalam jam 5 petang, dah rasa sakit sampai ke pinggang. macam orang cakap salah satu tanda hampir nak bersalin, sakit smpai tangkap ke pinggang. Sakit makin kuat masa tengah bawak kereta nak pulang ke rumah. Hati tak tenang, whatsapp suami suruh standby lepastu telefon mama nak kepastian. Mama cakap tu mungkin tanda dia, kalau tak tahan jumpa dokter terus malam tu. Rasa tak sakit sangat, boleh tahan lagi. Sampai rumah je, terus baring dan golek sikit. Hilang dah rasa sakit tadi tu, mungkin stress kerja sebab buat report tu.




5 Nov 2015 
Temujanji bersama dokter di PPUM. Bangun pagi macam biasa dan tak rasa sakit macam semalam tu. Ketika mandi rasa macam satu ketulan lendir jatuh, dah lah diri ni rabun, meraba cari atas lantai tu, haram nampaknya. Teruskan mandi tanpa banyak fikir, tetapi sesudah mandi tu, baru nampak ketulan lendir tadi yang di cari dengan mata rabun tadi tu. Untuk kepastian, panggil seorang saksi iaitu en. suami, dengan yakin die cakap itu bukan darah. Jadi kita buat tak kisah. bersiaplah kami nak pergi PPUM ni. Bila tiba giliran untuk jumpa dokter, soalan pertama dia tanya " sudah berapa minggu?" dengan yakin menjawab " saya sudah 37 minggu 5 hari". Dokter terkejut, sebab lambat jumpa dia. Okeh, jom check perut. Dia tekan atas tekan bawah, lepas tu geleng kepala. Hish risau lak, rupanya dokter cakap, "your baby dah ke bawah sangat. You dah term ni, so anytime you boleh deliver".  Di beri segala nasihat, dan kami pun pulang. Hah part ni best, bukan terus pulang ke rumah tapi tayar kereta melencong arah lain lak. Nak tahu kami ke mana?, sambung next entry.


1 comment: