Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, April 20, 2015

Bukan Salah Anak Ummi.

Salam Isnin,

Baby umi dah besar, 9 week usia dia. Alhamdulillah, baby umi sihat dan sangat cerewet serta walid cakap, baby sangat malas. Dah lama umi tak dapat nak share cerita dekat sini, sebab baby umi ni tak suke tgok skrin pc lama-lama. mesti nak muntah. Tapi sekarang umi dah sihat sikit dan kembali bertanaga sedikit untuk bekerja. Terima kasih baby umi, sebab kerjasama dengan umi. Ouwh, nak cerita soal baby umi yang banyak ragam ni, panjang sangat. So, semalam walid ada jumpa video kat bawah ni. Umi tersenyum tengok, comel baby umi dalam perut ni. Sama dengan apa yang umi tengah alami sekarang. Anak umi lapar, tapi bila makan je, anak umi keluarkan balik. Mungkin tak berapa nak sedap kot. Takpa, demi anak umi, umi minum susu banyak-banyak. Anak umi kan suka susu, susu yang sejuk. semoga kulit anak umi cantik dan halus.


 
Credit : Anmum
Source : Youtube (I LOVE MOMMY)

Friday, April 3, 2015

Naluri Seorang Umi-Part 3

Assalamualaikum dan salam jumaat.

Alhamdulillah, masih diberi kesihatan untuk bangun berdiri mencari rezeki demi ahli baru yang akan hadir nanti. InsyaAllah.

Sudah masuk 3 hari perubahan pada diri sudah nampak. Pusingnya kepala, sakitnya pinggang ni, makin hari makin menjadi loya tekak ni. Busuknya suami, rasa macam pelik bunyi tu, walhal bau suami sebelum ni wangi macam BABY! hahaha. kesian suami kena lumr bedak 1 badan.

Alah pada makanan belum ada dan minta sangat tidak alah pada semua jenis makanan, sebab nanti kesian kat baby Umi lapar. Air, owh orang kata kena banyak minum air..tapi tekak kalau minum air tawak mcam air masak tu atau air manis. Uish, rasa macam ombak besar suruh keluarkan balik. So, solution kita cuba minum air masam contoh, apple dan oren. Alhamdulillah, ternyata agak membantu.
Untuk sentiasa kekalkan hilang rasa pahit, sentiasa makan kismis. Lagipun kismis ni bagus untuk baby jugak dari makan asam jeruk tu.

Walaubagaimanapun, usia terlalu muda dan terlalu sensitif untuk di jaga. Mohon doakan baby membesar dengan sihat. Amin.