Tuesday, August 16, 2011
Semalam tak mungkin sama..
Salam Blogger,
3 hari bersama sang teman lama, amat menghiburkan hati yang da berminggu berduka. Cuba mencari penawar duka, malangnya sangat sukar untuk di temui. Selama ni aku rasakan seperti hilangnya tempat ku untuk berkogsi dan memiliki seseorang yang sering dekat akan diri aku..Tapi aku silap, rupanya masih ada lagi si DIA yang mengikuti kisah perjalanan hidupku. Walau berjauhan tetapi dia tak lepas pandang akan diriku yang kecil ini dan serba kekurangan.
Sungguh terharu sehingga hampir jatuh air mata pabila terdengar soalan yang keluar dari mulut DIA. Ya Allah, wujud lagi insan seperti dia yang memang memikirkan sahabatnya. Kau amat memahami perasaan sahabatmu ni, kau lebih mengerti akan apa yang sahabat kau rasa kan ni..
Di bulan Ramadhan ni, DIA meninggalkan pesan kepada ku sebelum dia meninggalkan aku kesorangan semula untuk menenpuh ujian ni seorang diri. Takkan pernah ku lupa akan pesan darinya, dan aku berjanji akan jadi lebih kuat dan tabah untuk mengharungi hari-hari ku.
Beberapa minit selepas aku melambai kepadanya, namun aku tak cukup tabah dan akhirnya air mata ku mula bergenang dan ku cuba menahan tapi aku lemah. Kenapa berlaku begini? Kenapa saat ni? Di mana silap aku? Beberapa jam kemudian makin pedih hati ni, tapi ku pujuk hati ini agar tidak mempedulikan semua yang berlaku. Belajar tuk berpijak di bumi yang nyata kerna" Aku bukan siapa pada kau dan aku juga tiada hak atas dirimu"..tanx for everything..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment