Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, July 31, 2011

Kosong...

Salam pembaca,
Lama menyepi tanpa sebarang coretan perjalanan cikerin.
Mengumpul kembali semula semangat yang telah hilang berbulan lamanya kerana 
sesuatu yang tidak dapat cikerin ramalkan.
hadirnya dia dalam perjalanan cikerin, gelap segalanya buat seketika..
cuba mencari sesuatu yang pasti dan mengintai cahaya mungkin juga jalan penyelesaian bagi setiap kerumitan.
Aku pada pandangan mereka adalah seorang yang cukup sempurna..
itu hanya luaran semata-mata.
Aku pada pandangan mereka adalah seorang yang cukup lengkap..
itu hanyalah luaran semata-mata.
Aku juga pada pandangan mereka adalah seorang yang cukup senang hati..
itu juga hanyalah luaran semata-mata.
Aku perlukan sesorang, tapi aku tiada siapa di sisi...
hanya pendamkan segalanya yang mampu aku lakukan, membisu seribu bahasa dan 
berdiri kaku seperti patung cendana.
siapa yang mengerti akan diri aku?
siapa yang sudi mendengar?
siapa yang sudi memerhati?
aku sunyi, aku kesorangan...
semenjak kau kehilangan, aku kesunyiaan
kau tahu akan keadaan aku tu??????
huh! memang tiada siapa yang mengerti...
hanya Dia yang utama,
sudi segalanya..

Rumahku syurgaku..
ungkapan yang sering kedengaran di telingan kita...
setiap orang tidak sabar menunggu masa untuk pulang ke syurga masing-masing
begitu juga aku
akan tapi aku rasa seperti ingin lari dari rumah..
kerana aku sakit sangat bila berada di dalam sebuah syuga yang ku rasakan tidak begitu indah..
melihat air muka orang tua aku,
tidak tertanggung rasanya..
KENAPA BUKAN AKU YANG SULUNG?????!!!!!!!!
kemana harus aku lari dari semua masalah ni..
kepada siapa harus aku berkongsi air mata????
pendam..pendam...pendam...
teruskan pendam...
kerana memang tiada siapa sudi mendengar rintihan yang berat ni kerana 
mereka tiada di tempat aku berada sekarang..

ya Allah kau tetapkan hati hamba mu ini...
Amin..