Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, August 18, 2011

Ku RINDU...


Salam Pembaca,


      Dulu 2 insan ni amat rapat, seperti belangkas bak kata pepatah,
namun hari silih berganti dunia juga semkin maju.
semestinya ada perubahan dalam diri seseorang dan tanpa di duga,
kerinduan terhadapnya amat menyeksa jiwaku.
bukan berjauhan tapi ia sering di depan mata cuma perasaan yang terasa berjauhan.

saat di mana kami seperti tidak boleh di pisah kan..
tak pernah aku lupa janji kita..
abaikan baldi kat belakang tu ye..
eratnya pelukan seerat hubungan kami

setia kala kesedihan..

bersama kala keceriaan..

berkongsi segalanya...

melindungi antara 1 sama lain..

sentiasa ingin berdua denganmu SAHAJA..

kaulah teman  paling rapat yang aku  ada dan paling aku sayang..

FARAH FARMIZA ABDULLAH



Wednesday, August 17, 2011

Ramai berkata


Salam pembaca,


   pernah terlintas tok aku meluahkan isi hati pada sesorang insan yang juga bergelar seorang kawan,
akan tetapi aku takut akan kesilapan kata-kata yang bakal keluar dari mulut membuat orang salah mentafsir,
malam yang tak di duga, akhirnya terkeluar segala yang terpendam dari lubuk hati semua teman ku.
lalu bermula lah cerita dari seorang teman dan ke sorng teman, ku pikirkan hanya aku sorang yang terasa akan kehilangan dan perubahan nya, 
tapi ramai lagi yg merasakn perkara yang sama.
ini melibat kan 2 insan yg dahulunya pernah mnjadi org yg amat perihatin terhadap sahabt mereka.
malangnya itu semua dulu, kerana mereka dah membawa haluan sendri.
"Wahai sahabatku, ingatlah bahawa kalian dah tidak seperti dulu, 
kami sangat2 memerlukan perhatian dari kalian,
jangan lah lupakan sahabat2 kalian yang merindui diri kalian yang lama.
Walau apa pun pilihan kalian, kami boleh terima dengan terbuka cuma harapan kami,
KEMBALILAH SEMULA"


Tuesday, August 16, 2011

Semalam tak mungkin sama..



Salam Blogger,

           3 hari bersama sang teman lama, amat menghiburkan hati yang da berminggu berduka. Cuba mencari penawar duka, malangnya sangat sukar untuk di temui. Selama ni aku rasakan seperti hilangnya tempat ku untuk berkogsi dan memiliki seseorang yang sering dekat akan diri aku..Tapi aku silap, rupanya masih ada lagi si DIA yang mengikuti kisah perjalanan hidupku. Walau berjauhan tetapi dia tak lepas pandang akan diriku yang kecil ini dan serba kekurangan.
         
         Sungguh terharu sehingga hampir jatuh air mata pabila terdengar soalan yang keluar dari mulut DIA. Ya Allah, wujud lagi insan seperti dia yang memang memikirkan sahabatnya. Kau amat memahami perasaan sahabatmu ni, kau lebih mengerti akan apa yang sahabat kau rasa kan ni..

        Di bulan Ramadhan ni, DIA meninggalkan pesan kepada ku sebelum dia meninggalkan aku kesorangan semula untuk menenpuh ujian ni seorang diri. Takkan pernah ku lupa akan pesan darinya, dan aku berjanji akan jadi lebih kuat dan tabah untuk mengharungi hari-hari ku.

         Beberapa minit selepas aku melambai kepadanya, namun aku tak cukup tabah dan akhirnya air mata ku mula bergenang dan ku cuba menahan tapi aku lemah. Kenapa berlaku begini? Kenapa saat ni? Di mana silap aku? Beberapa jam kemudian makin pedih hati ni, tapi ku pujuk hati ini agar tidak mempedulikan semua yang berlaku. Belajar tuk berpijak di bumi yang nyata kerna" Aku bukan siapa pada kau dan aku juga tiada hak atas dirimu"..tanx for everything..

Sunday, July 31, 2011

Kosong...

Salam pembaca,
Lama menyepi tanpa sebarang coretan perjalanan cikerin.
Mengumpul kembali semula semangat yang telah hilang berbulan lamanya kerana 
sesuatu yang tidak dapat cikerin ramalkan.
hadirnya dia dalam perjalanan cikerin, gelap segalanya buat seketika..
cuba mencari sesuatu yang pasti dan mengintai cahaya mungkin juga jalan penyelesaian bagi setiap kerumitan.
Aku pada pandangan mereka adalah seorang yang cukup sempurna..
itu hanya luaran semata-mata.
Aku pada pandangan mereka adalah seorang yang cukup lengkap..
itu hanyalah luaran semata-mata.
Aku juga pada pandangan mereka adalah seorang yang cukup senang hati..
itu juga hanyalah luaran semata-mata.
Aku perlukan sesorang, tapi aku tiada siapa di sisi...
hanya pendamkan segalanya yang mampu aku lakukan, membisu seribu bahasa dan 
berdiri kaku seperti patung cendana.
siapa yang mengerti akan diri aku?
siapa yang sudi mendengar?
siapa yang sudi memerhati?
aku sunyi, aku kesorangan...
semenjak kau kehilangan, aku kesunyiaan
kau tahu akan keadaan aku tu??????
huh! memang tiada siapa yang mengerti...
hanya Dia yang utama,
sudi segalanya..

Rumahku syurgaku..
ungkapan yang sering kedengaran di telingan kita...
setiap orang tidak sabar menunggu masa untuk pulang ke syurga masing-masing
begitu juga aku
akan tapi aku rasa seperti ingin lari dari rumah..
kerana aku sakit sangat bila berada di dalam sebuah syuga yang ku rasakan tidak begitu indah..
melihat air muka orang tua aku,
tidak tertanggung rasanya..
KENAPA BUKAN AKU YANG SULUNG?????!!!!!!!!
kemana harus aku lari dari semua masalah ni..
kepada siapa harus aku berkongsi air mata????
pendam..pendam...pendam...
teruskan pendam...
kerana memang tiada siapa sudi mendengar rintihan yang berat ni kerana 
mereka tiada di tempat aku berada sekarang..

ya Allah kau tetapkan hati hamba mu ini...
Amin..




Saturday, June 18, 2011

[Contest] Anda Bagi Gambar, Prince Bagi RM50


Salam semua,
Prince buat contest oke kawan2..so, cik erin dengan besar hatinya nak join :

Gambar Bersama Kawan Baik / Bf / Gf



#1 : comel tak wajah kami 6 gadis kat atas tu..
nak kenalkn ye,
Dari kanan baris hadapan: Kak Dina , Aja, Yana
Dari kiri baris belakang : Saya lah tu (cik erin) , Mija , Waneey

p/s : abaikanlah background kat belakang tu..hehehehe..


#2 : Ibarat reunion time ni sebab dapat jumpe "ebab" ktorg,
dia da grad awal sebab dia senior kami..
yang dok pegang bunga tu la ebab kami a.k.a Sya
Pic ni time kami pegi wedding abang kepada senior kami...

3 tahun kami bersama sepanjang menuntut di IPT yang sama, 
memang banyak suka dan duka yang kami hadapi bersama,
sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula rakan sebilik,
kini Kak Dina, Sya n Aja dah tamatkan pengajian mereka lebih awal,
sangat seronak kawan dengan mereka semua ni..
sebab masing2 ada kepala sendiri,
bila rasa sunyi cik erin teringat kat dorg ni..
kini cik erin hanya bersama mija
Ayat2 terakhir dari erin, semoga kita dapat berkumpul semula dan luangkan masa bersama2 lagi,
Saya Sayang Kalian Semua





Wednesday, June 15, 2011

Owh sayang ku...

Salam pembaca blog..
    Cik erin ni rasa macm nak update blog lak mlm ni sebab lama gak rasanya tak mengarut kat dalam blog... Berbalik pada topik cik Erin kat atas tu kan..sebenarnya cik erin nak cite sikit pasal gelagat budak kelas cik erin.
     Hari ni kami masuk kelas RESEARCH METHODOLOGY...fuh pening beb wa cakap lu...tembus habis dinding kat depan kelas tu...kesian gak kat PENSYARAH kami yang duk berbuih tuh..tapi nak buat camne sebab term yang dia ajar tu memang rumit...
     Habis je kelas, kawan cik erin pon kuar depan kelas n cakap.."..aku da melayang-layang dah kat belakang tadi, ngantuk gile...." cik erin pon sambung lah..."...aku tadi sampai no 1 je faham...masok no 2, da blank..." keluar lagi sorang, " aku tak faham langsung apa dia ajar td...die cakap pasal apa td?"...kemudian, semua keluar dan cakap isu yang sama.
    So, kesimpulannya apa yang kami blaja slama 3 minggu pun tak tahu and camne lah nak perform time exam nanti.. Itu yang merungsingkan kami sekelas...haish, kami perlu plan stratergi ni...
     Untuk menjadikannya senang maka cik erin pon kena cakap, Saya Sayang RESEARCH METHODOLOGY

Friday, June 10, 2011

Amaran! jangan tiru aksi ini...

Salam semua,
       Lama sungguh diri ini tidak menjejakkn kaki ke dalam panggung wayang...jadinya, adalah kami sekelian kelas membuat keputusan atau perancangan dengan tiba-tiba untuk melihat tayangan yang baru sahaja keluar semalam 9 jun 2011, KL GENGSTER....
      Sampai lah kami kat depan pintu masok tu...perhh..toksah cakap lah..memang ramai gile oke!..panggung pun penuh..takde seat kosong wa cakap lu...kami sekelas kogker sederet seat tengah..jumlahnya adalah, 13 seat hanya untuk kami..
       Masa tengok tu, kami semua da kena amaran awal-awal...jangan tiru aksi dalam cerita tu...so kami tak tiru lah aksi tu, just tiru apa yang zizan dan lain2 dok cakap lam cerita tu...cerita ni agak komedi sikit sebab ada pelawak si zizan tu..die la wat cerita ni tak bosan..so kepada sesiapa yang ragu-ragu nak tengok tu...pergi je la..tak rugi pon...