Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kau di hatiku. Show all posts
Showing posts with label Kau di hatiku. Show all posts

Tuesday, August 18, 2015

Oopss, Besar Sudah.

Salam semua,

Nampak bersarang dan bersawang dah ruang nukilan ni. Oleh demikian, hari ini cuba curi masa sekejap untuk kemas apa yang patut.

Berbalik pada tajuk entri hari ini, apa yang sudah besar sebenarnya??

 Ini yang dah besar. Baby kat dalam tu dah start tendang dan makin besar dengan jaya.

 Dan ini saat minggu ke-26 dah...hampir pada 7 bulan usia baby kat dalam perut tu.

So, sekarang dah start beli sikit demi sedikit barang untuk baby, jalan sambil buat bandingan harga.
Nampak murah, capai dulu. Bukan kedekut sebab beli murah, tapi nanti rugi. Budak ni cepat besar, nanti pakai 2 bulan, dah kena tukar saiz lain. Penyelesaian adalah beli dengan pelbagai saiz jangan semua saiz "new born" je. Pening lak nak shopink time dalam pantang nanti.




Tuesday, May 19, 2015

Ummi To Be!


Salam 1 Sya'ban,




Alhamdulillah, baby Umi dah 13 minggu. Sekarang dah masuk fasa yang ke-2, fasa kuat makan!
Mual nak muntah ada sikit, tapi beransur hilang. So, boleh nak berjalan jauh sikit. Kalau tidak, hujung minggu aktiviti mesti duduk rumah tidur je. Masak kemas rumah mesti walid yang buat, sebab baby ajak umi tidur. Kesian walid kena buat semua kerja, kadang letih tertido kat ruang tamu. Besar jugak pengorbanan walid jaga Umi saat awal hamil baby Umi ni. Yelah, dengan bekejar ke hospital lagi pagi2 buta tu. Letih walid kejar sana sini demi nak pastikan baby dan Umi sihat.

Umi syukur sebab dapat walid yang penyabar dan sangat tabah layan kerenah Umi. Haaa, sekarang Umi dah rasa nak makan macam-macam, walid dah pening tengok Umi makan. Umi ngidam cempedak lah baby, walid tak jumpa lagi. sebab walid cakap sekarang belum musim. Oleh itu, kene tunggu musim dah tiba lah ye baby. Nanti umi bagi baby rasa sekali, uuummmm sedap bile terbayang cempedak tu. Hati tak sabar nak tunggu baby tendang perut umi, Mummy farah cakap, kejap je lagi baby umi tendang. Mummy farah pun nak jumpa baby jugak, cepat besar ye baby. Umi dan walid sentiasa doa yang baby Umi membesar dengan sihat dan sempurna dalam perut Umi.


Monday, April 20, 2015

Bukan Salah Anak Ummi.

Salam Isnin,

Baby umi dah besar, 9 week usia dia. Alhamdulillah, baby umi sihat dan sangat cerewet serta walid cakap, baby sangat malas. Dah lama umi tak dapat nak share cerita dekat sini, sebab baby umi ni tak suke tgok skrin pc lama-lama. mesti nak muntah. Tapi sekarang umi dah sihat sikit dan kembali bertanaga sedikit untuk bekerja. Terima kasih baby umi, sebab kerjasama dengan umi. Ouwh, nak cerita soal baby umi yang banyak ragam ni, panjang sangat. So, semalam walid ada jumpa video kat bawah ni. Umi tersenyum tengok, comel baby umi dalam perut ni. Sama dengan apa yang umi tengah alami sekarang. Anak umi lapar, tapi bila makan je, anak umi keluarkan balik. Mungkin tak berapa nak sedap kot. Takpa, demi anak umi, umi minum susu banyak-banyak. Anak umi kan suka susu, susu yang sejuk. semoga kulit anak umi cantik dan halus.


 
Credit : Anmum
Source : Youtube (I LOVE MOMMY)

Friday, April 3, 2015

Naluri Seorang Umi-Part 3

Assalamualaikum dan salam jumaat.

Alhamdulillah, masih diberi kesihatan untuk bangun berdiri mencari rezeki demi ahli baru yang akan hadir nanti. InsyaAllah.

Sudah masuk 3 hari perubahan pada diri sudah nampak. Pusingnya kepala, sakitnya pinggang ni, makin hari makin menjadi loya tekak ni. Busuknya suami, rasa macam pelik bunyi tu, walhal bau suami sebelum ni wangi macam BABY! hahaha. kesian suami kena lumr bedak 1 badan.

Alah pada makanan belum ada dan minta sangat tidak alah pada semua jenis makanan, sebab nanti kesian kat baby Umi lapar. Air, owh orang kata kena banyak minum air..tapi tekak kalau minum air tawak mcam air masak tu atau air manis. Uish, rasa macam ombak besar suruh keluarkan balik. So, solution kita cuba minum air masam contoh, apple dan oren. Alhamdulillah, ternyata agak membantu.
Untuk sentiasa kekalkan hilang rasa pahit, sentiasa makan kismis. Lagipun kismis ni bagus untuk baby jugak dari makan asam jeruk tu.

Walaubagaimanapun, usia terlalu muda dan terlalu sensitif untuk di jaga. Mohon doakan baby membesar dengan sihat. Amin.




Friday, March 27, 2015

Naluri seorang Umi - Part 2

Salam pagi Jumaat,

Alhamdulillah, masih lagi bernafas pada hari yang paling agung ini iaitu penghulu segala hari.
Semakin hari, semakin kuat rasa naluri ini mengatakan adanya rezeki buat kami. Genap seminggu dah kalau kira hari yang sepatutnya. Perubahan pun makin hari, makin nampak oleh si suami. Makanan harus jaga dari sekarang, kerana mungkin usia masih muda. Pelbagai kemungkinan boleh terjadi, oleh itu kami makin berhati-hati.

Keinginan yang terasa di tekak ini, kadang tu tak boleh sangat nak layan. Bukan apa, teringin je tu bukan bermakna nak sangat. Bila suami tanya, " lelaki memang tak boleh rasa ke nak makan itu ini?". Semestinya boleh, tapi bergantung juga pada individu tu.  Bila, nak jadikan cerita, pada 1 malam suami cakap tidak perlu masak, kita makan di luar. Apa yang terjadi, suami makan tak habis dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Dalam perjalanan pulang, suami cakap, nak muntah makanan tu tidak sedap dan rasa pelik. Huh! adakah 1 kebetulan sahaja? Saya sendiri makan rasa sedap dan tidak pelik pun makanan tu. Anggaplah yang suami mungkin penat dan tidak sihat sangat agaknya malam itu. Ianya terlalu awal untuk buat jangkan yang tepat. Apa yang penting, suami saya selalu bau hanyir ikan! hahahaha..

Tq farah kerana mendoakan..hihi



Wednesday, March 25, 2015

Naluri Seorang Umi - Part 1

Assalamualaikum,

Lumrah rasanya bila pasangan berkahwin menantikan kelahiran penyambung keturunan mereka. Ya, kini kami alami perasaan itu. Terasa sungguh comel bila tengok pakaian bayi tapi kalau nak beli pun, perlu simpan barapa lama. Berusahalah sungguh-sungguh kata orang, jangan putus asa. InsyaAllah rezeki Allah memang nak bagi.

Masuk bulan ke-5 perkahwinan, hati ini dapat rasa macam rezeki tu dah sampai. Tergerak hati nak tanya pada Dr. Google dan kawan yang berpengalaman. Belajar kenal keadaan diri sendiri, sambil-sambil tanya pada suami perubahan diri sendiri. Maklum lah, kalau nak di tilik diri sendiri depan cermin macam susah nak perasan.

Kini masih lagi sabar, takut kecawa entah ke berapa kali. Biar masa dan hari berlalu, bila tiba masa nanti InsyaAllah jawapan setiap persoalan pasti terjawab. Kini kami lebih berhati-hati untuk tempuh hari yang mendatang.


* DOA UNTUK KAMI*



Thursday, September 11, 2014

Again



Assalamualaikum,


Wah, sarang "K-POP" dah belog ni sebab lama tidak update. Tika dan saat ini ada sikit masa free sebelum balik dari bekerja, Ms. E nak update sikit :


HI MR. B, SAYA TAHU AWAK SEDANG BACA!! TQ COZ BE MY SILENT READER.

haa..nak senyum lah tu

NOTE : Cover sikit nanti nampak lesung pipit tak gengster lak.

Saturday, November 12, 2011

Blog saya kene slongkar!!!!




Tok...tok...tok....
ye2 sila lah jenguk2 blog saya ni...
waa....trima kasih banyak2 ye kepada yang sudi selongkar blog saya yang tak seberapa ni..
terutama sekali  en.MOHD SYAFIQ...
 haaa....tgok tu rupe die yang semangat ngah skodeng blog saya...


Friday, November 11, 2011

Tetibe teringat sesuatu...

Salam buat semua pembaca,
Kenyangnya perut saya ni, 
lepas makan terus on laptop and niat hati tu nak sambung tengok cite KOREA 
tapi tetibe teringat koleksi gambar 3 tahun lepas....
so buka and tengok lah 1 per 1...
rindu lak saat tu...
haa..apa lagi tatap lah pic kat bawah ni..

bermula dengan geng KPS 1,
ni malam kebudayaan kot lau x silap...kami berdrama jap malam tu..

yang ni plak time kami di bawa berjalan sekitar kuantan
lokasi: TELUK CEMPEDAK

Aja n Yana...
kenapa muka dorang camtu ea?
sebab kami ni semua baru lepas xplore race..
kene lumpur kan muke tu ala2 MASK!!hehhe

setelah habis semua check point...berehat sebentar..
saya dok gantung uncang yang kena jait tangan tu kat leher
sebb senang nak lari sana sini..hehehe

yana n sape tah, lupe lah name mamat ni..
yana memang suke ganggu die nie..

kami menang kot tapi lupa lah tempat ke berapa..hehehe...
dapat hemper je..yeay!


da menang kan? so snap 1 pic tok kenangan...


kami kat Rumah Anak Yatim Ampuan Fatimah, Kuantan
kami kene buat khidmat masyarakat
so kami pilih di rumah anak yatim...



ni time sem1..hheheh..masih berwajah kanak lagi...

haaa..yang ni pula, geng PRA DIP PERD
masing2 bawak haluan masing selepas tamat pra dip tu..
hanya tinggal beberapa ketul je..

 skema kan? ni baru lagi, so x leh otai sanggat..
tapi lama2, bila da jd snior..ID CARD pon beg yang pakai..heheeh...

ni kami kat mana tah..lupe nama tempat yang pasti kat KL..
ad majlis buka puasa ngan
GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenjung)

ni mesti lah kat Teluk Cempedak..
kat mana lagi nak g kat Kuantan tu...

Alamak, sorry yana, pic u yang tertonggeng ni cute sangat..jangan mara yo..huhuhu..


lastly, peace no war...hehehe...


so, now boleh lah I nak sambung cite KOREA.....




Wednesday, November 9, 2011

Ucapan yang agak lewat..


Selamat Hari Raya Aidil Adha...

   sedikit kelewatan sebab beraya di kampung so laptop tiada dan internet juga tiada. Kali ni beraya di kampung agak lama sebab cuti sekolah pun agak panjang. Pagi raya kami di kampung hanya berseluar dan kain batik je, tidak lah semeriah orang lain kot sampai shoping baju raya..huhuhu...Di sebab kan duduk kampung lama dan agak bosan, kami jalan lah mengelilingi MELAKA...berpuluh kali dah pergi dari kecik sampai besar, best lah juga sebab mengimbas kembali kengan zaman kanak and now I dah dewasa kot!!!










gambar x brpa nak mnarik...
so sikit je lah ye..
huhuhu....


Thursday, November 3, 2011

Kecik lah pulok....


Salam,
     Tunggu punya tunggu, akhirnya sampai lah jejaka yang ku puja selama ini jam 7.45p.m td..huh! mujur ko ensem..huhuhu...duduk sambil borak terpandang lah aku pada tubuhnya, uppps! sorry sebab saya baru perasan kecik juga tubuh awak ni sebenarnya..bertahun kita kawan baru perasan..huhuhu
     Apa2 pun, terimas ye sayang kek lapis serawak tu..and saya janji, next time saya yang datang rumah awak pula bawak rombongan merisik...hahaaha...


Thursday, August 18, 2011

Ku RINDU...


Salam Pembaca,


      Dulu 2 insan ni amat rapat, seperti belangkas bak kata pepatah,
namun hari silih berganti dunia juga semkin maju.
semestinya ada perubahan dalam diri seseorang dan tanpa di duga,
kerinduan terhadapnya amat menyeksa jiwaku.
bukan berjauhan tapi ia sering di depan mata cuma perasaan yang terasa berjauhan.

saat di mana kami seperti tidak boleh di pisah kan..
tak pernah aku lupa janji kita..
abaikan baldi kat belakang tu ye..
eratnya pelukan seerat hubungan kami

setia kala kesedihan..

bersama kala keceriaan..

berkongsi segalanya...

melindungi antara 1 sama lain..

sentiasa ingin berdua denganmu SAHAJA..

kaulah teman  paling rapat yang aku  ada dan paling aku sayang..

FARAH FARMIZA ABDULLAH



Saturday, June 18, 2011

[Contest] Anda Bagi Gambar, Prince Bagi RM50


Salam semua,
Prince buat contest oke kawan2..so, cik erin dengan besar hatinya nak join :

Gambar Bersama Kawan Baik / Bf / Gf



#1 : comel tak wajah kami 6 gadis kat atas tu..
nak kenalkn ye,
Dari kanan baris hadapan: Kak Dina , Aja, Yana
Dari kiri baris belakang : Saya lah tu (cik erin) , Mija , Waneey

p/s : abaikanlah background kat belakang tu..hehehehe..


#2 : Ibarat reunion time ni sebab dapat jumpe "ebab" ktorg,
dia da grad awal sebab dia senior kami..
yang dok pegang bunga tu la ebab kami a.k.a Sya
Pic ni time kami pegi wedding abang kepada senior kami...

3 tahun kami bersama sepanjang menuntut di IPT yang sama, 
memang banyak suka dan duka yang kami hadapi bersama,
sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula rakan sebilik,
kini Kak Dina, Sya n Aja dah tamatkan pengajian mereka lebih awal,
sangat seronak kawan dengan mereka semua ni..
sebab masing2 ada kepala sendiri,
bila rasa sunyi cik erin teringat kat dorg ni..
kini cik erin hanya bersama mija
Ayat2 terakhir dari erin, semoga kita dapat berkumpul semula dan luangkan masa bersama2 lagi,
Saya Sayang Kalian Semua